THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, February 21, 2011

SEJARAH DAN KEGIATAN MASJID RIDWANIAH SG BATU,PENANG


TAJUK
Sejarah Dan Kegiatan Masjid Ridwaniah Sungai Batu,Penang.

DISEDIAKAN UNTUK
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151


DISEDIAKAN OLEH
Alyani Natasha Bt Amin
No Matrik : 2010669696
Kumpulan: AS2DEn


PROGRAM
Diploma  Sains
Fakulti Sains Gunaan

TARIKH HANTAR
23 Februari 2011



ISI KANDUNGAN
1.Abstrak
2.Pendahuluan
3.Konsep
4.Huraian
5.Penutup
6.Rujukan





Abtraks
  Masjid merupakan salah satu simbol utama dan mercu tanda agama Islam. Islam telah mula bertapak di dunia Melayu-Nusantara seawal abad ke-10 lagi.Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat dan batu nisan yang bertulis di beberapa tempat di rantau ini. Namun demikian, kewujudan masjid-masjid di Nusantara, iaitu di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam ,Singapura, Filipina dan wilayah Selatan Thailand, hanya terbukti selepas abad ke-15 Tahun Masihi.Sejajar dengan perkembangan zaman, masjid-masjid di nusantara juga telah melalui proses pemodenan dan proses-proses ini telah melibatkan pelbagai pihak contohnya imam.Imam juga di anggap sebagai khalifah di muka bumi ini.Tugas khalifah adalah membangun, mentadbir, mengurus dan mengimarahkan masjid demi pemeliharaan kesucian dan kemuliaannya.
  Di masjid,imam di bahagikan pada tiga bahagian iaitu   imam sembahyang lima  waktu, imam sembahyang Jumaat, dan imam sembahyang sunat.  Sebagaimana dimaklumi imam sembahyang berkaitan dengan masjid.Oleh kerana masjid dalam  sejarah Islam tidak pernah dipisahkan daripada tugas-tugas kepimpinan negara, sama ada dia digelar  khalifah, amirul mukminin, imam, sultan atau raja maka masjid mempunyai peranan yang penting dalam perjalanan sesebuah kerajaan Islam. Hakikat ini merupakan kesinambungan amalan yang telah dicontohkan oleh Baginda Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam. “Masjid pada zaman hayat Baginda Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan pusat pentadbiran, sumber keadilan, markas ketenteraan, gedung ilmu pengetahuan,sumber bantuan dan pertolongan, tempat perlindungan dan berteduh, pusat  kegiatan masyarakat dan dakwah Islam, pusat dan tempat beribadat, bertahajjud dan sujud kepada Allah  Subhanahu wa Ta‘ala.




Pendahuluan
   Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya esei  ini berjaya di siapkan dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Aziz kerana telah memberi peluang untuk saya menyiapkan esei ini yang bertajuk SEJARAH DAN KEGIATAN MASJID RIDWANIAH SG BATU.Tidak lupa juga pada ahli keluarga,imam,ahli qaryah dan rakan-rakan saya yang turut membantu dalam tugasan ini.Dalam esei ini,saya mendedahkan dan menghuraikan tentang sejarah kemunculan masjid ini dan kegiatan-kegiatan yang di lakukan sepanjang penubuhan masjid ini.Oleh yang demikian,skop esei ini berkaitan masjid,salah sebuah tempat ibadat yang harus dikunjungi.
   Pada suatu ketika,ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian.Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
    Selain itu,seperti yang kita semua tahu, Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) pula  ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan penghijrahan dari Makkah .
   Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah. Rasulullah  menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepadaAllah s.w.t.Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba,Oleh itu,Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.
   Masjid ini dibangun pada tahun 1 Hijriyah atau 622 Masehi. Quba terletak sekira 5 kilometer tenggara kota Madinah .Pengertian dari perkataan Quba ialah
dalam Al Qur'an disebutkan Quba adalah masjid yang dibangun atas dasar takwa seperti tertuang dalam Surat At Taubah:108. Allah memuji masjid ini. Kaum muslim yang mendirikan solat dari kalangan penduduk madinah.

   Firman Allah SWT, Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (wahai Muhammad) bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri. (AtTaubah, 108).

   Masjid ini telah beberapa kali mengalami renovasi. Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah orang pertama yang membangun menara masjid ini. Sakarang renovasi masjid ini ditangani keluarga Saud.Mengutip buku berjudul Sejarah Madinah Munawarah yang ditulis Dr Muhamad Ilyas Abdul Ghani, masjid Quba telah direnovasi dan diperluas pada masa Raja Fahd ibn Abdul Aziz pada 1986. Renovasi dan peluasan ini menelan biaya sebesar 90 juta riyal  yang membuat masjid ini memiliki daya tampung hingga 20 ribu jamaah. Kini Masjid Quba dianggap sebagai contoh bentuk dari pada masjid-masjid yang didirikan di seluruh pelosok dunia.
dalam masjid.
  Oleh itu,masjid pada zaman sekarang telah bermula dari masjid quba walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan tetapi fungsinya tetap sama.Justeru itu,pembinaan masjid haruslah di perbanyakkan supaya fungsi masjid boleh di perluaskan lagi.Tambahan pula,pembinaan masjid di tempat yang stratejik seperti berdekatan dengan sekolah,perkampungan,tempat menunggu bas,jalan raya dan sebagainya dapat memudahkan lagi umat islam untuk beribadah.Kesimpulannya,kepentingan masjid adalah penting di zaman sekarang di samping memudahkan umat islam beribadah dengan infrastruktur yang elok dan menarik minat ramai umat untuk beribadah di masjid.


KONSEP
  Masjid  ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam.Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
  Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid.Perkataan masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa ialah : “ Nama bagi tempat sujud dahi .” Dari sudut syara’ pula ialah .”Setiap tempat daripada permukaan bumi. Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang . Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.
   Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam ialah Masjidil Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam,Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Al -Quds (Jerusalem), Palestin.Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu Masjid Negara ,Masjid Negeri,Masjid Daerah,Masjid Qaryah dan Surau. Hadis Othman bin Affan r.a:Beliau pernah berkata semasa menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan orang ramai ketika Masjid Rasulullah s.a.w dibina: Kamu telah berlebih-lebihan. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah Taala (Bukari berkata: Kalau tidak silap aku beliau berkata: Untuk mencari keredaan Allah) maka Allah akan membangunkan sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.Ini memperlihatkan bahawa mulianya seseorang yang membina masjid sehigga dijanjikan sebuah rumah kepadanya di syurga kelak.
  Selain itu,menurut ayat 18,surah At-Taubah bahawa hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.Oleh itu,orang-orang yang selalu mengimarahkan masjid adalah tergolong dalam kategori orang-orang yang beriman pada Allah dan akhirat.Golongan ini juga adalah golongan yang mendapat hidayah atau petunjuk di atas perbuatan mereka iaitu mendirikan solat,membayar zakat,dan hanya takut pada Allah.


Huraian
  Masjid Ridwaniah Sungai Batu ini merupakan masjid yang menjadi tumpuan masyarakat di sekitar kawasan telok kumbar  untuk beribadah contohnya seperti solat jumaat,membayar zakat,solat tarawikh dan sebagainya.Kedudukan masjid ridwaniah ini juga strategik , ia terletak berdekatan dengan sekolah menengah kebangsaan telok kumbar dan sekolah rendah kebangsaan sungai batu.Oleh itu,para pelajar yang pulang lewat kerana kelas tambahan di sekolah akan solat di situ.Keadaan ini lebih selesa kerana masjid ini lebih luas berbanding surau di sekolah.Berhadapan dengan masjid ini,terdapat juga sebuah sekolah agama iaitu maahad al-mashoor,di tepi pula terdapat kelas fardu ain untuk pelajar bawah 12 tahun.Di belakang masjid ini,terdapat juga tanah perkuburan islam. 

   Sejarah masjid ini telah wujud pada pertengahan abad ke-20 lagi.Dahulunya masjid lama,sekarang sudah di naik taraf, dipercantikkan dan diperluaskan. Bentuk umum dari sebuah masjid adalah keberadaan menara masjid. Menara di masjid biasanya tinggi dan berada di bagian pojok dari kompleks masjid.Kubah  juga merupakan salah satu ciri khas dari masjid sungai batu.Kubah diperluas menjadi sama luas dengan tempat ibadah di bawahnya.Kubah berbentuk setengah bulat.Di dalam masjid ini,tempat ibadah atau ruang solat, tidak diberikan meja, atau kerusi, sehingga memungkinkan para jamaah untuk mengisi shaf atau barisan-barisan yang ada di dalam ruang shalat. Bahagian ruang solat diberi kaligrafi dari potongan ayat al-quran untuk memperlihatkan keindahan agama Islam serta Al-Qur'an. Ruang solat mengarah ke arah Ka'bah, sebagai kiblat umat Islam. Di masjid juga terdapat  mihrab dan mimbar. Mihrab adalah tempat imam memimpin solat, sedangkan mimbar adalah tempat khatib menyampaikan khutbah, ia juga terdapat saf lelaki di hadapan dan saf wanita di belakang.Saf wanita di tutupi dengan langsir untuk memudahkan jemaah wanita untuk menjaga aurat.Semua kawasan di dalam masjid,di letakkan permidani. Dalam  masjid ridwaniah , di dekat ruang solat, tersedia ruang untuk menyucikan diri, atau biasa disebut tempat wudhuk.Bilik wudhu  antara lelaki dan wanita juga diasingkan.Bilik wudhu wanita juga luas dan boleh memuatkan 20 hingga 30 orang dalam satu masa.Di bilik wudhu lelaki,terdapat kolah besar menakungkan air untuk para jemaah lelaki mengambil wudhu .Tandas yang disediakan untuk lelaki dan wanita juga dijaga kebersihannya. Terdapat juga tempat untuk memandikan mayat.Tempat letak kereta bagi jemaah juga ada di perkarangan masjid ini.Tetapi,pada bulan ramadhan kawasan ini tidak mencukupi,oleh itu para jemaah boleh meletakkan kenderaan di luar.Di luar masjid juga,terdapat papan kenyataan tentang aktiviti yang di jalankan,papan organisasi qariah masjid juga disediakan.
                                                             Hari Raya Qurban
                                                     Peta Kedudukan Masjid Sg Batu
                                                                   Majlis Ilmu

                                                                  Bilik wuduk

                                                                  Di luar masjid
                                                             Hadapan Masjid Sg Batu 
                                                    Masjid Ridwaniah Sg Batu                  
                                                             
    Kegiatan yang di jalankan oleh Masjid Ridwaniah pada setiap hari ialah solat jemaah pada setiap waktu solat.Setiap hari jumaat pula akan di adakan solat jumaat berjemaah yang kebanyakkannya masyarakat kampung nelayan dan perumahan sekitar teluk kumbar.Pada bulan Ramadhan pula,masjid ini akan mengadakan gotong- royong menyediakan kanji atau bubur lambuk.Yang menariknya,gotong-royong ini kebanyakkan  terdiri dari pemuda belasan tahun yang masih bersekolah.Pada malamnya,para qariah masjid dan masyarakat setempat akan solat tarawikh.Imam yang mengimamkan solat itu,di jemput khas maahad tahfiz yang terdiri daripada belia yang menghafal al-quran.Suara mereka yang lunak melagukan ayat-ayat al-quran menjadi tarikan masyarakat untuk solat sunat tarawikh di sini.Tamatnya solat,para qariah akan mnyediakan sedikit makanan atau di panggil “more”.Ada juga majlis-majlis yang di adakan di masjid ini seperti Majlis khatam al-quran,Maulidur Rasul,Majlis akad nikah dan sebagainya.


Carta Organisasi Qaryah Masjid Sungai Batu


Pengerusi
Hj. Ramli B. Din
Timbalan pengerusi
Hj. Nasri B .Hj. Hashim
Setiausaha
Hj. Abd Aziz
Bendahari
Hj. Zakaria B. Hj Ismail
Imam
Hj. Fuad Abd Hamid
Bilal
En. Mohd Naim B Hj Abd Rahman
Siak
Hj. Mat Arip B. Awang
AJK Qaryah
Hj.Jamaludin B. Siron


Penutup
  Kesimpulannya,Masjid Ridwaniah Sungai Batu ini merupakan salah satu bangunan terpenting di sekitar kawasan telok kumbar.Lokasinya juga sangat stategik,berhampiran dengan pusat ilmu,seperti sekolah menengah teluk kumbar,sekolah rendah sungai batu,maahad al-mahsoor,kelas fardu ain dam sebagainya.Qaryah masjid ini juga banyak menganjurkan majlis-majlis ilmu yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.Oleh itu,semua lapisan masyarakat haruslah beramai-ramai mengimarahkan pada setiap waktu solat. Abdullah Bin Abbas r.a pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya, "Apakah uzur itu?"Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit."  -  Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban.Ini menunjukkan peranan masjid sebagai tempat menunaikan solat berjemaah, iaitu sunat muakkad(sunat yang dituntut di dalam islam).

Rujukan
1.ms.wikipedia.org/wiki/masjid_Quba
2.infad-sistem pengurusan Fatwa
3.MediaHaji.com
4.www.mymasjid.net.my
5.Imam masjid,Tuan Hj. Fuad Abd Hamid
6.En.Amin B.Asyari